Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI FLORIKULTUR [A011-001-3:2018] |
---|---|
Kod CU | A011-001-3:2018-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | FUNGSI PENYELIAAN PENANAMAN TANAMAN ORNAMENTAL |
Penerangan CU | Fungsi penyeliaan penanaman tanaman ornamental adalah tugasan dalam menyelia pekerja yang menjalankan kerja – kerja penanaman tanaman ornamental. Unit kompetensi ini penting bukan sahaja untuk memastikan aktiviti kerja dilaksanakan, tetapi berfungsi dalam menambah nilai pekerja melalui latihan yang diselaraskan. Mereka yang berketrampilan dalam fungsi penyeliaan tanaman ornamental mesti boleh untuk sediakan jadual tugas kerja, kendali sesi taklimat, selaras latihan pekerja, pantau operasi kerja dan lakukan penilaian pekerja. Hasil dari ketrampilan ini adalah kefungsiaan dalam menyelia pekerja dapat dipraktikkan dengan berkesan bagi memastikan aktiviti kerja penanaman dan penjagaan tanaman ornamental dilaksanakan dengan berkesan. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensiini adalahdapat menyelia pekerja dengan baik bagi memastikan aktiviti kerja penanaman dan penjagaan tanaman ornamental dilaksanakan dengan berkesan. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Sediakan jadual tugas kerja 2. Kendali sesi taklimat 3. Selaras latihan pekerja 4. Pantau operasi kerja 5. Lakukan penilaian prestasi pekerja |
Pra-Syarat | 0 |