Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018] |
---|---|
Kod CU | A032-002-5:2018-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | INOVASI DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN |
Penerangan CU | Inovasi dan pembangunan teknologi ternakan akuakultur marin merupakan aktiviti sepanjang masa bagi penambahbaikan projek ternakan akuakultur marin. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ini akan menjadikan projek ternakan ini sentiasa mencari teknologi baru sambil membuat innovasi kepada aktiviti hariannya bagi memastikan perniagaan ini sentiasa berdaya maju. Mereka yang berketrampilan dalam penyelidikan dan pembangunan akuakultur mesti boleh kenalpasti keperluan inovasi dan pembangunan teknologi akuakultur marin, lakukan aktiviti inovasi, laksanakan pembangunan teknologi projek dan daftar hak cipta terpelihara. Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur marin yang berdaya maju dengan sentiasa bersedia kepada perubahan teknologi dan innovasi terkini dapat dihasilkan sambil mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP) dapat dihasilkan. |
Tempoh Latihan | 300 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam penyelidikan dan pembangunan akuakultur berkebolehan merekacipta teknologi dan innovasi terkini bagi projek ternakan akuakultur marin yang berdaya maju dengan mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP). Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan inovasi dan pembangunan teknologi akuakultur marin 2. Lakukan aktiviti innovasi 3. Laksanakan pembangunan teknologi projek 4. Daftar hak cipta terpelihara PRA |
Pra-Syarat | 0 |