Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018] |
---|---|
Kod CU | A032-002-5:2018-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN PENTADBIRAN AUDIT LADANG AKUAKULTUR |
Penerangan CU | Pengurusan audit ladang akuakutur marin merupakan aktiviti mengurus integriti perjalanan harian sebuah projek ternakan akuakultur marin. Sebuah projek yang tidak mempunyai integrity akan hancur dengan mudah, untuk itu sistem audit yang berkesan perlu di adakan bagi memastikan berjalan dengan sempurna tanpa penyelewengan. Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan audit ladang akuakutur marin mesti boleh kenalpasti keperluan audit dalaman, sediakan dokumen dan rekod untuk di audit, laksanakan kerja-kerja audit, lakukan sesi pembentangan, koordinasi audit luaran. Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang yang mematuhi sistem pentadbiran yang betul dapat dihasilkan dan sentiasa diurus mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP). |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam pengurusan pentadbiran audit dalaman ladang akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur dengan mematuhi sistem pentadbiran yang telah ditetapkan dan Amalan Akuakultur Baik (MyGAP). Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan audit dalaman 2. Sediakan dokumen dan rekod untuk di audit 3. Laksanakan kerja-kerja audit 4. Lakukan sesi pembentangan 5. Koordinasi audit luaran |
Pra-Syarat | 0 |