Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Sertu [HI-011-3:2016] |
---|---|
Kod CU | HI-011-3:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGAWALAN PERKHIDMATAN SERTU |
Penerangan CU | Pelaksanaan Perkhidmatan Sertu ialah aktiviti untuk melaksanakan kerja-kerja penyucian patuh syariah dalam bidang yang dikenalpasti seperti premis perniagaan dan penyediaan makanan, kilang pembuatan dan pemprosesan, kilang pengeluaran produk farmaseutikal, rumah sembelih, logistik (gudang/ pengangkutan) dan domestik seperti bangunan, pasaraya dan rumah kediaman. Aktiviti yang terlibat adalah penyediaan bahan-bahan sertu serta pelaksanaan kerja-kerja sertu berdasarkan Garis Panduan Sertu, standard Malaysia yang berkaitan kebersihan dan kesucian (Halalan Toyyiban) dan permintaan industri/ pengguna yang terlibat dalam industri halal. Individu yang berketerampilan mampu memahami jenis-jenis bidang perkhidmatan sertu, Garis Panduan Sertu, standard Malaysia berkaitan halal seperti MS 1500:2009, MS 2200:2008, MS 2424:2012, MS 2400:2010 –bahagian 1- 3, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, tatacara operasi standard (SOP) serta polisi organisasi. Individu yang berketerampilan mampu melaksanakan persediaan awal kerja sertu, melaksanakan persediaan kerja sertu, melaksanakan kerja pelupusan najis/ bahan tercemar , menyediakan kawasan, peralatan, perkakasan kerja dan bahan sertu, melaksanakan kerja sertu serta melaksanakan kerja akhir dan kemasan. Hasil unit kompetensi ini adalah perkhidmatan sertu yang lengkap dan lancar dilaksanakan mengikut perancangan, berkualiti tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan pekerjaan serta menepati Garis Panduan Sertu, standard Malaysia yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian serta mendapat pemantauan dan pengesahan pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 900 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, akan menjalankan perkhidmatan sertu yang lengkap dan lancar dilaksanakan mengikut perancangan, berkualiti tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan pekerjaan serta menepati Garis Panduan Sertu, standard Malaysia yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian serta mendapat pemantauan dan pengesahan pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan persediaan awal kerja sertu • Laksanakan persediaan perkhidmatan sertu • Laksanakan pelupusan najis/bahan tercemar • Sediakan kawasan khas, peralatan, perkakasan kerja dan bahan sertu • Laksanakan kerja sertu • Laksanakan kerja akhir dan kemasan |
Pra-Syarat | 0 |