Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Sertu [HI-011-3:2016] |
---|---|
Kod CU | HI-011-3:2016-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PERKHIDMATAN SERTU |
Penerangan CU | Pengawalan Perkhidmatan Sertu ialah aktiviti untuk memantau aktiviti kerja sertu atau berkaitan dengan penyucian patuhi syariah seperti yang diminta pelanggan dan pemantauan pihak berkuasa. Individu yang berketerampilan mampu memahami Garis Panduan Sertu, standard Malaysia seperti MS 1500:2009, MS 2200:2008, MS 2424:2012, MS 2400:2010 –bahagian 1- 3, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, akta buruh, tatacara operasi standard (SOP) serta polisi organisasi. Individu yang berketerampilan mampu melaksanakan kerja pra-perkhidmatan sertu, melatih dan membimbing tenaga kerja Sertu melaksanakan pemantauan proses sertu, melaksanakan pemantauan kerja akhir dan kemasan, menyelia disiplin, prestasi dan kebajikan tenaga kerja sertu dan menyediakan laporan kerja sertu. Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pekerja-pekerja yang terlatih, terbimbing dan berdisiplin mampu melaksanakan kerja-kerja sertu yang lengkap dan sempurna mengikut Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, akan memastikan pekerja-pekerja yang terlatih, terbimbing dan berdisiplin mampu melaksanakan kerja-kerja sertu yang lengkap dan sempurna mengikut Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan kerja pra-perkhidmatan sertu • Laksanakan latihan dan bimbingan tenaga kerja sertu • Laksanakan pemantauan proses sertu • Laksanakan pemantauan kerja akhir dan kemasan • Selia disiplin, prestasi dan kebajikan tenaga kerja sertu • Sediakan laporan kawalan kualiti kerja sertu |
Pra-Syarat | C01 |