Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Sertu [HI-011-3:2016] |
---|---|
Kod CU | HI-011-3:2016-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGAWALAN DOKUMENTASI DAN REKOD KERJA SERTU |
Penerangan CU | Pengawalan Dokumentasi Dan Rekod Kerja Sertu ialah aktiviti untuk memastikan dokumen dan rekod perkhidmatan sertu serta yang berkaitan terkawal dan mudah dicapai/diperoleh mengikut tatacara operasi standard (SOP). Individu yang berketerampilan mampu memahami Garis Panduan Sertu, standard Malaysia seperti MS 1500:2009, MS 2200:2008, MS 2424:2012, MS 2400:2010 –bahagian 1- 3, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, tatacara operasi standard (SOP) serta polisi organisasi. Individu yang berketerampilan mampu melaksanakan pendaftaran dokumentasi perkhidmatan sertu, melaksanakan kerja penyimpanan dokumen dan rekod, melaksanakan pengesahan dokumen dan rekod terhadap kerja sebenar dan mengawal dokumentasi dan rekod kerja sertu. Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan dokumen dan rekod perkhidmatan sertu terkawal, selamat dalam simpanan untuk jangkamasa yang tertentu berdasarkan tahap kepentingannya mengikut tatacara operasi standard (SOP), polisi organisasi dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 90 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, akan memastikan dokumen dan rekod perkhidmatan sertu terkawal, selamat dalam simpanan untuk jangkamasa yang tertentu berdasarkan tahap kepentingannya mengikut tatacara operasi standard (SOP), polisi organisasi dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan pendaftaran dokumentasi perkhidmatan sertu • Laksanakan pengesahan dokumen dan rekod terhadap kerja sebenar • Kawal dokumentasi dan rekod kerja • Laksanakan kerja penyimpanan dokumen dan rekod |
Pra-Syarat | 0 |