Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017] |
---|---|
Kod CU | A014-002-5:2017-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KUALITI DAN KESIHATAN POLTRI/UNGGAS |
Penerangan CU | Pengurusan Kualiti dan Kesihatan Poltri/Unggas ialah aktiviti untuk menjamin kualiti proses pengeluaran dan penjagaan kesihatan poltri/unggas sehingga berjaya mendapat pengeluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah mengurus jaminan pematuhan kualiti pengeluaran operasi ladang, merancang program pengurusan kesihatan gerompok, menilai keberkesanan pelaksanaan program kesihatan gerompok, menguruskan tindakan lanjutan untuk peningkatan prestasi kesihatan poltri/unggas dan menguruskan program pensampelan mengikut SOP Operasi Ladang, program Pengurusan Kualiti dan Kesihatan Poltri/Unggas ialah aktiviti untuk menjamin kualiti proses pengeluaran dan penjagaan kesihatan poltri/unggas sehingga berjaya mendapat pengeluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah mengurus jaminan pematuhan kualiti pengeluaran operasi ladang, merancang program pengurusan kesihatan gerompok, menilai keberkesanan pelaksanaan program kesihatan gerompok, menguruskan tindakan lanjutan untuk peningkatan prestasi kesihatan poltri/unggas dan menguruskan program pensampelan mengikut SOP Operasi Ladang, program pengurusan kesihatan gerompok, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasilan unit kompetensi ini ialah proses pengeluaran yang menjamin hasil pengeluaran yang berkualiti, , kesihatan poltri/unggas yang terkawal dari jangkitan penyakit seterusnya mengeluarkan hasil pada kuantiti yang disasarkan dengan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan proses pengeluaran yang menjamin hasil pengeluaran yang berkualiti, , kesihatan poltri/unggas yang terkawal dari jangkitan penyakit seterusnya mengeluarkan hasil pada kuantiti yang disasarkan dengan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:- 1. Urus jaminan pematuhan kualiti pengeluaran operasi ladang 2. Rancang Program Pengurusan Kesihatan Gerompok 3. Nilai Keberkesanan Pelaksanaan Program Kesihatan Gerompok 4. Uruskan Tindakan Lanjutan Untuk Peningkatan Prestasi Kesihatan Poltri/Unggas 5. Uruskan Program Pensampelan |
Pra-Syarat | TIADA |