Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017] |
---|---|
Kod CU | A014-002-5:2017-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PENGAPLIKASIAN HASIL KAJIAN PENTERNAKAN POLTRI/UNGGAS |
Penerangan CU | Pengaplikasian Hasil Kajian Penternakan Poltri/Unggas ialah aktiviti penambahbaikan dengan menggunapakai penemuan hasil penyelidikan dan inovasi di dalam ladang poltri/unggas. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah semak maklumat teknologi semasa operasi ladang poltri/unggas, dapatkan kelulusan dari pihak pengurusan untuk pengaplikasian hasil r&d terkini, laksanakan penemuan teknologi poltri/ unggas dan lapor kemajuan pengaplikasian teknologi poltri/unggas mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasilan unit kompetensi ini ialah pelaksanaan kaedah atau sistem operasi ladang yang baru atau yang ditambahbaik menggunakan penemuan hasil penyelidikan dan inovasi terkini bagi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengaplikasikan hasil kajian seperti kaedah atau sistem operasi ladang yang baru atau yang ditambahbaik menggunakan penemuan hasil penyelidikan dan inovasi terkini. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:- 1. Semak Maklumat Teknologi Semasa Operasi Ladang Poltri/Unggas 2. Dapatkan Kelulusan Dari Pihak Pengurusan Untuk pengaplikasian hasil R&D terkini 3. Laksanakan Penemuan Teknologi Poltri/ Unggas 4. Pantau Keberkesanan Pelaksanaan Teknologi Poltri/Unggas 5. Lapor Kemajuan Pengaplikasian Teknologi Poltri/Unggas |
Pra-Syarat | TIADA |