Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Sertu [HI-011-3:2016] |
---|---|
Kod CU | HI-011-3:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYENGGARAAN ALAT PERKAKAS KERJA SERTU |
Penerangan CU | Penyenggaraan Alat Perkakas Kerja Sertu ialah aktiviti untuk menyelenggara secara berjadual dan membaikpulih peralatan dan perkakasan yang digunakan bagi kerja –kerja seperti alat penyemburan, density meter, viscometer,ph meter, vacuum. Individu yang berketerampilan mampu memahami Garis Panduan Sertu, manual peralatan/perkakasan, standard Malaysia seperti MS 1500:2009, MS 2200:2008, MS 2424:2012, MS 2400:2010 –bahagian 1- 3, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, tatacara operasi standard (SOP) serta polisi organisasi. Individu yang berketerampilan mampu menyediakan jadual penyenggaraan, menyelaraskan kerja penyenggaraan, mengaturkan aktiviti penyenggaraan peralatan/ perkakasan dan menyediakan laporan kesempurnaan penyengaraan peralatan dan perkakasan. Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan peralatan/ perkakasan untuk kerja dalam keadaan sedia diguna dan berfungsi dengan baik. Ini dapat membantu kerja-kerja sertu berjalan dengan lancar, selesai dengan lengkap dan sempurna mengikut Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 270 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, akan memastikan peralatan/ perkakasan untuk kerja dalam keadaan sedia diguna dan berfungsi dengan baik. Ini dapat membantu kerja-kerja sertu berjalan dengan lancar, selesai dengan lengkap dan sempurna mengikut Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sedia jadual penyenggaraan • Selaras kerja penyenggaraan • Aturkan aktiviti penyenggaraan peralatan/perkakasan • Sedia laporan kesempurnaan penyenggaraan peralatan dan perkakasan |
Pra-Syarat | C01 |