JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenjagaan dan Kemajuan Kanak-Kanak [Q879-001-3:2018]
Kod CUQ879-001-3:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENERAPAN NILAI SOSIAL DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Penerangan CUPenerapan Nilai Sosial Dan Tingkah Laku Kanak-Kanak adalah kemahiran dalam melaksanakan aktiviti yang mempunyai nilai positif kepada penjagaan dan kemajuan sahsiah kanak-kanak yang memenuhi keperluan Kurikulum PERMATA Negara.


Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh melaksanakan aktiviti penerapan nilai murni, melaksanakan aktiviti penerapan nilai sosial, melaksanakan aktiviti kemahiran urus diri, melaksanakan aktiviti penerapan patriotisme dan melaksanakan aktiviti penerapan keagamaan dan moral.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memastikan penjagaan dan kemajuan sahsiah kanak-kanak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai murni, nilai sosial, pengurusan diri, semangat cintakan negara dan kerohanian berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara.
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memastikan perkembangan dan kemajuan sahsiah kanak-kanak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai murni, nilai sosial, pengurusan diri, semangat cintakan negara dan kerohanian berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Laksanakan aktiviti penerapan nilai murni
2. Laksanakan aktiviti penerapan nilai sosial
3. Laksanakan aktiviti kemahiran urus diri
4. Laksanakan aktiviti penerapan patriotisme
5. Laksanakan aktiviti penerapan keagamaan dan moral
Pra-Syarat0