Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Sertu [HI-011-3:2016] |
---|---|
Kod CU | HI-011-3:2016-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENTADBIRAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN SERTU |
Penerangan CU | Pentadbiran Pelaksanaan Perkhidmatan Sertu ialah aktiviti merancang, menjalankan dan menilai kerja-kerja berkaitan pentadbiran perkhidmatan sertu bagi pelbagai bidang perkhidmatan sertu yang diperlukan di industri halal. Individu yang berketerampilan mampu memahami Garis Panduan Sertu, standard Malaysia seperti MS 1500:2009, MS 2200:2008, MS 2424:2012, MS 2400:2010 –bahagian 1- 3, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa seperti JAKIM/JAIN/MAIN, jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (DOSH), tatacara operasi standard (SOP) serta polisi organisasi. Individu yang berketerampilan mampu melaksanakan permohonan pengesahan perkhidmatan dari pihak berkuasa, menyediakan jadual kerja, menyelia stok/ inventori, menyelia keperluan persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHE),menyediakan rancangan bajet kerja sertu, menganalisa prestasi kerja sertu dan menangani kehendak pelanggan sertu. Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan kerja-kerja sertu ditadbir dengan lancar agar hasil sertu yang lengkap dan sempurna dapat diberikan kepada pelanggan mengikut perancangan, kos yang optimum, Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, akan memastikan kerja-kerja sertu ditadbir dengan lancar agar hasil sertu yang lengkap dan sempurna dapat diberikan kepada pelanggan mengikut perancangan, kos yang optimum, Garis Panduan Sertu dan keperluan perkhidmatan yang digariskan oleh pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan permohonan pengesahan perkhidmatan dari pihak berkuasa • Sediakan jadual kerja • Sedia stok/inventori • Sedia keperluan persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHE) • Sediakan rancangan bajet kerja sertu • Analisis prestasi kerja sertu • Tangani kehendak pelanggan sertu |
Pra-Syarat | C01 |