JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenjagaan dan Kemajuan Kanak-Kanak [Q879-001-3:2018]
Kod CUQ879-001-3:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUSOKONGAN PENGOPERASIAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Penerangan CUSokongan Pengoperasian Pusat Jagaan Kanak-Kanak adalah kemahiran dalam penyediaan keperluan pembelajaran dan keselamatan, pengendalian hal-ehwal kanak-kanak dan penyelarasan aktiviti penglibatan ibu bapa / waris / penjaga selaras dengan keperluan Akta Pusat Jagaan 1993.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh menyediakan ruang pembelajaran dan kemajuan kanak-kanak, menyediakan bahan pembelajaran, mengendalikan kanak-kanak transit, mengendalikan kanak-kanak terabai dan mangsa penderaan, mengendalikan keperluan kesihatan, keselamatan dan persekitaran pusat jagaan kanak-kanak, menyelaraskan aktiviti penglibatan ibu bapa dan masyarakat dan menyelaraskan ujian personaliti.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memastikan keperluan asas, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di pusat jagaan memenuhi keperluan Akta Pusat Jagaan 1993.
Tempoh Latihan480
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memastikan keperluan asas, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di pusat jagaan memenuhi keperluan Akta Pusat Jagaan 1993.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan ruang pembelajaran dan kemajuan kanak-kanak
2. Sediakan bahan pembelajaran
3. Kendali kanak-kanak transit
4. Kendali kanak-kanak terabai dan mangsa penderaan
5. Kendali keperluan kebersihan, kesihatan, keselamatan, persekitaran dan bencana alam pusat jagaan kanak-kanak
6. Selaraskan aktiviti penglibatan ibu bapa dan komuniti
7. Selaraskan ujian personaliti
Pra-Syarat0