Job Description (JD)
Nama Program | Penjagaan dan Kemajuan Kanak-Kanak [Q879-001-3:2018] |
---|---|
Kod CU | Q879-001-3:2018-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PERTOLONGAN CEMAS (PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK) |
Penerangan CU | Pengendalian Pertolongan Cemas (Pusat Jagaan Kanak-Kanak) adalah kemahiran dalam memberikan bantuan awal kecemasan kepada kanak-kanak mengikut prosedur dan garis panduan pertolongan cemas Kementerian Kesihatan Malaysia. Pekerja/perantis wajib menghadiri kursus latihan teori dan amali pertolongan cemas yang dikendalikan oleh penyedia latihan yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh mengendali bantuan awal kecemasan, melaksanakan prosedur Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), melaksanakan rawatan Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE), mengendali bantuan awal luka terbuka (open wound) dan mengatur rawatan lanjutan. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memberikan bantuan segera kepada pesakit / mangsa sebelum rawatan lanjut diberikan oleh pegawai perubatan bertauliah. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk memberikan bantuan segera kepada pesakit / mangsa sebelum rawatan lanjut diberikan oleh pegawai perubatan bertauliah. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kendali bantuan awal kecemasan 2. Laksanakan prosedur Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) 3. Laksanakan rawatan Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE) 4. Kendali bantuan awal luka terbuka (open wound) 5. Atur rawatan lanjutan |
Pra-Syarat | 0 |