JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Koperasi [K642-001-5:2016]
Kod CUK642-001-5:2016-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN HAL EHWAL KOPERASI
Penerangan CUPengurusan hal ehwal koperasi menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal perjalanan koperasi sehingga matlamat penubuhan koperasi tercapai dalam mengutamakan kepentingan ekonomi dan sosial anggota, semangat berkoperasi, keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan menepati dasar koperasi negara, memenuhi keperluan anggota, serta undang-undang & peraturan yang dikuatkuasakan.
Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh bangunkan pelan strategik perniagaan koperasi, urus mesyuarat agung koperasi, urus mesyuarat lembaga, urus pematuhan undang-undang kecil koperasi, urus pematuhan berkanun harta dan wang koperasi, urus hal ehwal keanggotaan dan urus pertikaian koperasi.
Tempoh Latihan330
Objektif PembelajaranOrang yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan sebuah koperasi yang berjaya mencapai matlamat yang ditentukan ahli-ahlinya dalam semangat berkoperasi, hak-hak ahli dikawal melalui mesyuarat agung serta pengurusan koperasi berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh;

1. Bangunkan Pelan Strategik Perniagaan Koperasi
2. Urus Mesyuarat Agung Koperasi
3. Urus Mesyuarat Lembaga
4. Urus pematuhan undang-undang kecil koperasi
5. Urus Pematuhan berkanun Harta dan Wang Koperasi
6. Urus Hal Ehwal Keanggotaan
7. Urus pertikaian koperasi

Pra-Syarat0