Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Koperasi [K642-001-5:2016] |
---|---|
Kod CU | K642-001-5:2016-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN SUMBER MANUSIA |
Penerangan CU | Pengurusan sumber manusia menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal fungsi pengurusan sumber manusia koperasi sehingga matlamat yang ditentukan ahli-ahlinya tercapai dalam semangat berkoperasi, Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh urus pembangunan dasar dan perancangan sumber manusia, urus pengurusan pengstafan, pimpin pengurusan pampasan sumber manusia, urus pembangunan sumber manusia, urus perhubungan pekerja majikan dan urus keselamatan & kesihatan pekerjaan. Hasil kompetensi ini ialah untuk menyediakan pengurusan sumber manusia yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan ndang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah memastikan tenaga kerja berkualiti tersedia bila sahaja diperlukan, menyediakan tenaga manusia untuk keperluan jangka panjang, meningkatkan fleksibiliti koperasi untuk menyesuaikan diri dalam perubahan iklim perniagaan, menyediakan sistem pampasan yang adil, kompetitif dan berfokus objektif, suasana kerja yang selamat dan kondusif, perhubungan majikan-pekerja yang harmoni lantas menjadikan koperasi sebuah organisasi yang kompetitif, berdaya saing bertanggungjawab kepada masyarakat dan Negara. |
Tempoh Latihan | 340 |
Objektif Pembelajaran | enjawat yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan pengurusan sumber manusia yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah memastikan tenaga kerja berkualiti tersedia bila sahaja diperlukan, menyediakan tenaga kerja jangka panjang, meningkatkan fleksibiliti koperasi bagi penyesuaian perubahan iklim perniagaan, menyediakan sistem pampasan yang adil, kompetitif dan berfokus objektif, suasana kerja yang selamat dan kondusif, perhubungan majikan-pekerja yang harmoni, berdaya saing, bertanggungjawab kepada masyarakat dan Negara Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh; 1. Urus pembangunan dasar dan perancangan sumber manusia 2. Urus pengurusan pengstafan 3. Pimpin pengurusan pampasan sumber manusia 4. Urus pembangunan sumber manusia 5. Urus perhubungan pekerja-majikan 6. Urus keselamatan dan kesihatan pekerjaan |
Pra-Syarat | 0 |