Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Koperasi [K642-001-5:2016] |
---|---|
Kod CU | K642-001-5:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN KOPERASI |
Penerangan CU | Pengurusan pemasaran dan jualan koperasi menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal fungsi pemasaran dan jualan sehingga matlamat fungsi pengurusan pemasaran dan jualan yang ditentukan tercapai dalam semangat berkoperasi. Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh mengkaji peluang pemasaran produk koperasi, memilih sasaran pemasaran, bangunkan strategi pemasaran dan jualan, rancang program pemasaran, tentukan produk koperasi, melancar produk baru dan uruskan fungsi jualan produk koperasi. Hasil daripada kompetensi ini ialah untuk menyediakan satu perkhidmatan pengurusan pemasaran dan jualan yang holistik sehingga mencapai objektif pemasaran dan jualan yang ditetapkan, menyediakan sistem maklumat pemasaran yang peka kepada persekitaran perniagaan, memahami keperluan pelanggan secara berterusan, menambah baik dan atau melahirkan produk/perkhidmatan baru untuk memenuhi keperluan tersebut, menyedia dan melaksanakan program promosi yang berkesan, menyediakan saluran pemasaran dan jualan yang betul dan lancar, dan memimpin fungsi jualan yang mesra lagi berkesan dalam menjamin keuntungan jangka panjang mengikut ketetapan koperasi. |
Tempoh Latihan | 320 |
Objektif Pembelajaran | Penjawat yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan satu perkhidmatan pengurusan pemasaran dan jualan yang holistik sehingga mencapai objektif pemasaran dan jualan yang ditetapkan, menyediakan sistem maklumat pemasaran yang peka kepada persekitaran perniagaan, memahami keperluan pelanggan secara berterusan, menambah baik dan atau melahirkan produk/perkhidmatan baru untuk memenuhi keperluan tersebut, menyedia dan melaksanakan program promosi yang berkesan, menyediakan saluran pemasaran dan jualan yang betul dan lancar, dan memimpin fungsi jualan yang mesra lagi berkesan dalam menjamin keuntungan jangka panjang mengikut ketetapan koperasi. Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh; 1. Kaji peluang pemasaran produk koperasi 2. Pilih sasaran pemasaran 3. Bangunkan strategi pemasaran dan jualan 4. Rancang program pemasaran 5. Tentukan produk koperasi 6. Melancar produk baru |
Pra-Syarat | 0 |