Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Koperasi [K642-001-5:2016] |
---|---|
Kod CU | K642-001-5:2016-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KOMUNIKASI KOPERASI |
Penerangan CU | Pengurusan komunikasi koperasi menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal fungsi pengurusan komunikasi koperasi sehingga matlamat yang ditentukan oleh anggotanya tercapai dalam semangat berkoperasi. Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh urus sistem Komunikasi Koperasi, laksana pengurusan teknologi maklumat, urus krisis koperasi dan urus tanggungjawab sosial orporat koperasi. Hasil kompetensi ini ialah untuk menyediakan pengurusan komunikasi yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah pengurusan komunikasi yang sistematik dan terkawal, pengurusan teknologi maklumat yang lengkap dan berfokus objektif, mengeluarkan koperasi daripada situasi krisis menerusi tindakan dan khidmat nasihat yang bijak serta mendorong pencapaian matlamat menjadikan koperasi sebuah organisasi yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Penjawat yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan pengurusan komunikasi yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah pengurusan komunikasi yang sistematik dan terkawal, pengurusan teknologi maklumat yang lengkap dan berfokus objektif, mengeluarkan koperasi daripada situasi krisis menerusi tindakan dan khidmat nasihat yang bijak serta mendorong pencapaian matlamat menjadikan koperasi sebuah organisasi yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh; 1. Urus sistem Komunikasi Dalaman 2. Laksana pengurusan teknologi maklumat 3. Urus Krisis Koperasi 4. Urus Tanggungjawab Sosial Korporat koperasi |
Pra-Syarat | 0 |