Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Koperasi [K642-001-5:2016] |
---|---|
Kod CU | K642-001-5:2016-C06 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PENGURUSAN PEMBIAYAAN ANGGOTA |
Penerangan CU | Pengurusan Pembiayaan Anggota menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal fungsi pembiayaan anggota meliputi pemerolehan dana, pelaksanaan pembiayaan dan pematuhan peruntukan undang-undang bagi tujuan aktiviti perniagaan koperasi. Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh urus Dana Pembiayaan Anggota, bangunkan Dasar dan Prosedur Pembiayaan Anggota Koperasi, urus Kelulusan Pembiayaan Anggota dan Urus Kutipan Pembiayaan Anggota Koperasi. Hasil daripada kompetensi ini ialah untuk menyediakan satu perkhidmatan pembiayaan anggota koperasi yang terjamin, teratur, mempunyai modal pusingan yang mencukupi, menawar pembiayaan kepada anggota yang berkelayakan, memberi jaminan kutipan balik yang tinggi, memenuhi keperluan undang-undang dan menjamin pulangan yang baik kepada koperasi dan anggota. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Penjawat yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan satu perkhidmatan pembiayaan anggota koperasi yang terjamin, teratur, mempunyai modal pusingan yang mencukupi, menawar pembiayaan kepada anggota yang berkelayakan, memberi jaminan kutipan balik yang tinggi, memenuhi keperluan undang-undang dan menjamin pulangan yang baik kepada koperasi dan anggota.. Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh; 1. Urus Dana Pembiayaan Anggota 2. Bangunkan Dasar dan Prosedur Pembiayaan Anggota Koperasi 3. Urus Kelulusan Pembiayaan Anggota 4. Urus Kutipan Pembiayaan Anggota Koperasi |
Pra-Syarat | 0 |