Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemanduan (Bas) [TP-324-2:2016] |
---|---|
Kod CU | TP-324-2:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMERIKSAAN PRA PEMANDUAN |
Penerangan CU | Pemeriksaan pra pemanduan adalah tugasan untuk mengenalpasti keadaan bas supaya dapat beroperasi dengan selamat dan selesa. Kemahiran ini melibatkan keupayaan memeriksa keadaan fizikal bas, peralatan kecemasan, kebersihan, dan menyediakan laporan pemeriksaan bagi mengesan sebarang kerosakan lebih awal, direkod dan diambil tindakan. Hasil dari kompetensi ini adalah untuk memastikan pemandu dapat menentukan sesebuah bas dalam keadaan baik, selesa dan selamat untuk dipandu mengikut garis panduan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Tata Amalan Industri/Industrial Code of Practice (ICOP) dan SOP syarikat. |
Tempoh Latihan | 138 |
Objektif Pembelajaran | Kekompetenan seseorang mengikut CU ini akan berupaya untuk memastikan pemandu dapat menentukan sesebuah bas dalam keadaan baik, selesa dan selamat untuk dipandu mengikut garis panduan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Tata Amalan Industri/Industrial Code of Practice (ICOP) dan SOP syarikat. Setelah memenuhi keperluan CU ini, pelatih akan berupaya untuk:- • Periksa keadaan fizikal bas • Periksa peralatan kecemasan bas. • Periksa kebersihan bas • Sedia laporan pemeriksaan pra-pemanduan bas. |
Pra-Syarat | 0 |