JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemanduan (Bas) [TP-324-2:2016]
Kod CUTP-324-2:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANDUAN BAS
Penerangan CUPemanduan bas adalah tugasan mengendali bas untuk membawa penumpang/muatan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain mengikut jadual perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Kemahiran ini melibatkan keupayaan mengenalpasti keperluan pemanduan bas, menentukan laluan perkhidmatan, memandu bas, mengendalikan urusan turun/naik penumpang dan melapor aktiviti pemanduan bas.

Hasil dari kompetensi ini adalah untuk memastikan pemandu dapat mengendali dan memandu bas mengikut garis panduan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Tata Amalan Industri (ICOP) dan SOP syarikat.

Tempoh Latihan216
Objektif PembelajaranKekompetenan seseorang mengikut CU ini akan berupaya untuk mengendali dan memandu bas mengikut garis panduan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Tata Amalan Industri (ICOP) dan SOP syarikat. Setelah memenuhi keperluan CU ini, pelatih akan berupaya untuk:-

• Kenalpasti keperluan pemanduan bas
• Tentukan laluan perjalanan
• Memandu bas
• Kendali urusan naik dan turun penumpang
• Lapor aktiviti pemanduan bas
Pra-Syarat0