Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemanduan (Bas) [TP-324-2:2016] |
---|---|
Kod CU | TP-324-2:2016-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PROSEDUR KEMALANGAN / INSIDEN |
Penerangan CU | Pengendalian prosedur kemalangan atau insiden adalah tugasan yang harus dikendalikan oleh pemandu bas dalam memastikan tindakan yang sesuai apabila berlaku keadaan kemalangan atau insiden. Ini tertakluk kepada keadaan pemandu semasa kemalangan/insiden berlaku. Kecekapan ini melibatkan keupayaan pemandu mengenalpasti, mengendali pelan tindakan, mengawal dan melapor keadaan kemalangan/insiden. Hasil kecekapan ini adalah untuk memastikan keselamatan penumpang dan kenderaan dapat diurus mengikut Tata Amalan Industri (ICOP) dan SOP syarikat. |
Tempoh Latihan | 158 |
Objektif Pembelajaran | Kekompetenan seseorang mengikut CU ini akan berupaya untuk memastikan situasi kecemasan dan tugas menyelamat kenderaan dan penumpang dapat dikendalikan dengan baik dan selamat. Setelah memenuhi keperluan CU ini, pelatih akan berupaya untuk:- • Kenalpasti jenis kemalangan/ kejadian • Kendali pelan tindakan kecemasan • Kawal keadaan kemalangan/ kejadian • Laporan kemalangan/kejadian |
Pra-Syarat | 0 |