JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Pengawasan) [R910-001-3:2017]
Kod CUR910-001-3:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPengoperasian Perkhidmatan Rujukan
Penerangan CUPengoperasian Perkhidmatan Rujukan adalah suatu perkhidmatan yang melibatkan pengguna dibantu mengakses bahan dan diberi khidmat nasihat mengenai koleksi dan maklumat dalam pelbagai sumber perpustakaan seperti buku, majalah, jurnal, pangkalan data dan lain-lain mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
Individu yang berketerampilan didalam CU ini mampu Kendali Pertanyaan Rujukan mudah, Sediakan kandungan Perkhidmatan Kesedaran Semasa, Sediakan persiapan Pendidikan Pengguna, Sediakan Perkhidmatan Pakej Maklumat, Kendali Permohonan Pinjaman Kepada Perpustakaan Luar dan Kendali Permohonan Pinjaman Dari Perpustakaan Luar.
Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan proses tugasan Pengoperasian Perkhidmatan Rujukan dilaksana dengan cekap dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan Piagam Pelanggan.
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan proses tugasan Pengoperasian Perkhidmatan Rujukan dilaksana dengan cekap dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan Piagam Pelanggan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1) Kendali pertanyaan rujukan mudah
2) Sedia kandungan Perkhidmatan `Kesedaran Semasa’ (CAS)
3) Sedia persiapan pendidikan pengguna
4) Sedia perkhidmatan pakej maklumat
5) Kendali permohonan pinjaman kepada perpustakaan luar
6) Kendali permohonan pinjaman daripada perpustakaan luar
Pra-Syarat0