JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Pengawasan) [R910-001-3:2017]
Kod CUR910-001-3:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPengoperasian Pengindeksan Koleksi
Penerangan CUPengoperasian pengindeksan koleksi adalah aktiviti menyediakan bahan yang sedia untuk diindeks dan disempurnakan proses pengindeksannya.
Individu yang berketerampilan dalam CU ini mampu mengumpulkan dokumen kandungan indeks, menyemak input indeks awalan, mengemukakan cadangan penetapan istilah indeks, serta menjana draf rekod baru alat bantu temu (finding aids).
Hasilan daripada CU ini dapat memastikan indeks dokumen boleh diakses maklumat kepengarangannya,
deskripsi dan pengkelasan kandungan mengikut peraturan pengindeksan dan pengendalian bahan pengindeksan.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan indeks dokumen boleh diakses maklumat kepengarangannya, deskripsi dan pengkelasan kandungan mengikut peraturan pengindeksan dan pengendalian bahan pengindeksan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Kumpul dokumen kandungan indeks yang terpilih
2. Semak rekod indeks awalan
3. Cadang penetapan istilah indeks
4. Jana draf rekod baru alat bantu temu (finding aids)
Pra-Syarat0