JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Pengawasan) [R910-001-3:2017]
Kod CUR910-001-3:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPromosi Perpustakaan
Penerangan CUPromosi Perpustakaan adalah suatu aktiviti yang dapat membantu pihak perpustakaan mempromosi koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan serta pameran dan lawatan yang dianjurkan bagi menggalakkan penggunaan dan meningkatkan pergantungan masyarakat terhadap perpustakaan supaya dapat memenuhi keperluan maklumat.
Individu yang berketerampilan di dalam CU ini mampu mengendalikan promosi koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan serta mengendalikan pameran dan lawatan perpustakaan. Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan pembantu pustakawan dapat mengelola promosi perpustakaan.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah pihak perpustakaan dapat mempromosikan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan serta pameran dan lawatan yang dianjurkan bagi menggalakkan penggunaan dan meningkatkan pergantungan masyarakat terhadap perpustakaan supaya dapat memenuhi keperluan maklumat.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Kendali promosi koleksi perpustakaan
2. Kendali promosi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan
3. Kendali pameran perpustakaan
4. Kendali lawatan perpustakaan
Pra-Syarat0