JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Pengawasan) [R910-001-3:2017]
Kod CUR910-001-3:2017-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPemeliharaan Bahan Perpustakaan
Penerangan CUPemeliharaan Bahan Perpustakaan adalah suatu aktiviti yang dijalankan untuk mencegah, melindungi dan membaiki fizikal bahan perpustakaan untuk memanjangkan jangka hayat sebagai bahan rujukan. Aktiviti ini tertakluk kepada piawaian yang termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara 1972 (Akta 80) (mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006) dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
Individu yang berketerampilan di dalam CU ini mampu mengendalikan peralatan pemeliharaan dan menyelenggara bahan perpustakaan
iaitu Monograf, Terbitan Bersiri dan
bahan Audio Visual (AV).
Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan bahan perpustakaan dapat dilindungi dan dipelihara daripada kerosakan berdasarkan Dasar Pemuliharaan Bahan Perpustakaan.
Tempoh Latihan250
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah untuk memastikan kerosakan bahan perpustakaan dapat dikenal pasti diperingkat awal sebagai langkah pencegahan iaitu perlindungan dan pemeliharaan ke atas bahan perpustakaan berdasarkan Dasar Pemuliharaan Bahan Perpustakaan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Sedia peralatan pemeliharaan bahan perpustakaan
2. Selenggara bahan monograf
3. Selenggara bahan pandang dengar (AV)
4. Jilid bahan terbitan bersiri
Pra-Syarat0