JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKepustakawanan (Pengawasan) [R910-001-3:2017]
Kod CUR910-001-3:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPenyeliaan Operasi Perpustakaan
Penerangan CUPenyeliaan Operasi Perpustakaan adalah suatu aktiviti yang penting dalam melaksanakan strategi-strategi operasi. Mereka perlu dilengkapkan dengan konsep dan kemahiran supaya mereka dapat bertindak sebagai perantara pihak pengurusan dengan para pekerja.
Individu yang berketerampilan di dalam CU ini mampu menyelia tugas-tugas dan kakitangan di bawah seliaannya. Proses penyeliaan melibatkan pengendalian latihan kerja kakitangan seliaan, pemantauan/penilaian kompetensi/prestasi kakitangan seliaan, pengendalian sesi mesyuarat, taklimat dan perbincangan aktiviti perpustakaan, mengkoordinasikan keperluan tenaga kerja operasi, mengkoordinasikan kerja penyelenggaraan peralatan dan perkakasan perpustakaan serta menyelia kerja-kerja perkhidmatan perpustakaan.
Hasilan daripada CU ini adalah untuk memastikan tugasan penyeliaan dilakukan dengan teratur dan berkesan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan perpustakaan.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil kompetensi ini adalah memastikan tugasan penyeliaan dilakukan dengan teratur dan berkesan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan perpustakaan.
Pada akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Kendali latihan kerja kakitangan seliaan
2. Nilai kompetensi/prestasi kakitangan seliaan
3. Kendali sesi mesyuarat, taklimat dan perbincangan aktiviti perpustakaan
4. Koordinasi keperluan tenaga kerja operasi
5. Koordinasi kerja penyelenggaraan peralatan dan perkakasan perpustakaan
6. Selia kerja-kerja perkhidmatan perpustakaan
Pra-Syarat0