Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pengilangan Padi [C106-001-2:2016] |
---|---|
Kod CU | C106-001-2:2016-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENERIMAAN PADI BASAH |
Penerangan CU | Pengendalian padi secara pukal membantu mempercepat pengangkutan padi basah ke komplek pengeringan dan pengilangan. Pengendalian yang cepat dapat mengelakkan padi menjadi lebih basah (rewetting) terutamanya penuaian pada luar musim (musim hujan). Padi dengan kandungan lembapan yang tinggi (>24%) mudah mengalami kerosakan sekiranya pengeringan tidak dapat dijalankan dalam masa 24 jam. Padi basah akan membentuk ‘hot spot’ yang menggalakkan pertumbuhan kulat dan yis. Bijirin yang berkulapuk tidak sesuai untuk kegunaan manusia. Proses persampelan adalah sangat penting untuk mengetahui mutu sebenar padi yang akan dibeli dalam menjamin hasil analisa yang tepat dalam menggredkan padi untuk menentukan harga padi yang akan dibayar kepada petani. Mereka yang kompeten dalam kompetensi penerimaan padi basah mesti boleh timbang lori bermuatan, awasi kerja pemunggahan, asingkan padi basah, sedia sampel kerja dan hantar sampel ke makmal. Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat merekod ketepatan timbangan lori dan padi dengan tepat dan mengambil sampel padi dengan mengikut teknik yang betul. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh merekod ketepatan timbangan lori dan padi dengan tepat dan mengambil sampel padi dengan mengikut teknik yang betul. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- 1. Timbang lori bermuatan 2. Jalankan persampelan padi 3. Hantar sampel ke bilik pemutuan 4. Asingkan padi basah |
Pra-Syarat | 0 |