JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pengilangan Padi [C106-001-2:2016]
Kod CUC106-001-2:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENGERINGAN PADI BASAH
Penerangan CUPadi basah perlu
dikeringkan secepat
mungkin sama ada secara
berjentera atau jemuran ke
tahap kandungan
lembapan yang selamat
untuk penyimpanan dan
pengilangan. Kandungan
lembapan padi kering yang
diperakui ialah 13% - 14%
(wap basah).
Pengeringan secara
berjentera terkawal, sama
ada secara berkelompok,
aliran terus atau kombinasi kedua-duanya adala
kaedah yang paling
selamat untuk
meningkatkan keupayaan
pengeringan dan
pengekalan mutu padi.
Suhu pengeringan untuk
sistem berkelompok dan
aliran terus masing-masing
pada 40C - 42C dan
60C - 65C. Pemilihan
suhu yang lebih tinggi
boleh mengakibatkan padi
retak yang akan
menyumbang kepada
peratu beras patah yang
tinggi semasa
pengilangan.
Kandungan lembapan dan
suhu padi perlu
diselaraskan setiap masa
sama ada secara manual
atau automatik untuk
menentukan proses
pengeringan adalah
terbaik bagi menghasilkan
beras unag bermutu tinggi.
Had kadar penurunan lembapan padi ketika
pengeringan ialah kurang
daripada 4% sejam bagi
mengelakkan berlakunya
peratus biji retak yang
tinggi.
Padi yang baru
dikeringkan perlu dibiarkan
sehingga mencapai suhu
bilik sebelum dikilang.
Mereka yang kompeten
dalam kompetensi proses
pengeringan padi basah
mesti boleh kendali mesin
pengangkut, kendali mesin
pra-pembersihan padi
basah, kendali mesin
pengagihan padi basah,
kendali mesin pembakaran
dan simpan padi kering.
Hasil dari kemahiran ini
mereka yang kompeten
dapat mengendalikan
mesin-mesin pegeringan
padi basah dengan cara
yang betul dan dapat
menghasilkan /
mengeluarkan padi yang
mempunyai kelembapan mengikut manual operasi
pengeringan (antara 13% -
14%).
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranKakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh mengendalikan mesin-mesin
pegeringan padi basah dengan cara yang betul dan dapat menghasilkan / mengeluarkan padi
yang mempunyai kelembapan mengikut manual operasi pengeringan (antara 13% - 14%).
Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
1. Kendali mesin pengangkut
2. Kendali mesin pra-pembersihan padi basah
3. Kendali mesin pengagihan padi basah
4. Kendali mesin / peralatan pengeringan
5. Simpan padi kering
Pra-Syarat0