Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pengilangan Padi [C106-001-2:2016] |
---|---|
Kod CU | C106-001-2:2016-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | OPERASI PEMBUNGKUSAN BERAS BERGRED DAN HASIL SAMPINGAN |
Penerangan CU | Penyimpanan dalam dua bentuk kaedah yang biasa dijalankan ialah pukal (bulk) dan beg. Penyimpanan secara pukal lebih mudah mendapat serangan. Penyimpanan sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang adalah penting memastikan penyimpanan yang bersih dan bebas serangga. Kotoran, debu dan tumpahan padi ialah keadaan atau tempat yang cukup sesuai untuk serangga. Kemudahan penyimpanan yang baik seperti peredaran udara yang cukup dan kawalan serangga yang baik dapat mengekalkan mutu padi dan memanjangkan masa penyimpanan (satu tahun). Mereka yang kompeten dalam kompetensi pembungkusan beras bergred dan hasil sampingan mesti boleh kendali mesin pembungkusan beras bergred dan hasil sampingan, bungkus beras bergred dan hasil sampingan, timbang beras bergred dan hasil sampingan yang telah dibungkus, ikat / jahit / sealed pembungkus beras bergred dan hasil sampingan dan susun beras bergred dan hasil sampingan yang telah dilabel. Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat mengendalikan proses pembungkusan dengan baik, mengikut saiz dan kuantiti yang ditetapkan. Selain daripada itu, mereka dapat mengeluarkan beras bergred dan hasil sampingan yang bermutu tinggi, dan pembungkusan yang berkualiti |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh mengendalikan proses pembungkusan dengan baik, mengikut saiz dan kuantiti yang ditetapkan. Selain daripada itu, mereka dapat mengeluarkan beras bergred dan hasil sampingan yang bermutu tinggi, dan pembungkusan yang berkualiti. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- 1. Kendali mesin pembungkusan beras bergred dan hasil sampingan 2. Bungkus beras bergred dan hasil sampingan 3. Timbang beras bergred dan hasil sampingan yang telah dibungkus 4. Ikat / jahit / sealed pembungkus beras bergred dan hasil sampingan 5. Susun beras bergred dan hasil sampingan yang telah dilabel |
Pra-Syarat | 0 |