Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019] |
---|---|
Kod CU | C102-001-3:2019-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN IKAN SEJUK BEKU |
Penerangan CU | Penyediaan Ikan Sejuk Beku adalah kerja-kerja memproses ikan sebelum disimpan di dalam keadaan sejuk beku berpandukan dengan Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Makanan (MeSTI). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan ikan untuk disejuk beku, siang ikan untuk dibekukan, lakukan kerja sejuk beku, bungkus ikan yang telah disejuk beku dan simpan ikan yang telah disejuk beku. Hasilan CU ini adalah sukatan suhu dan masa pembekuan mengikut spesifikasi pengeluar produk sejuk beku. |
Tempoh Latihan | 112 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan sukatan suhu dan masa pembekuan mengikut spesifikasi pengeluar produk sejuk beku. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Sediakan ikan untuk disejuk beku. 2. Siang ikan untuk dibekukan. 3. Lakukan kerja sejuk beku. 4. Bungkus ikan yang telah disejuk beku. 5. Simpan ikan yang telah disejuk beku. |
Pra-Syarat | Tiada |