Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019] |
---|---|
Kod CU | C102-001-3:2019-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN FILLET |
Penerangan CU | Penyediaan Fillet ialah suatu proses menghiris ikan menjadi kepingan ikan yang telah dibuang tulang dan kulit serta disejuk beku mengikut Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Makanan (MeSTI). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan ikan untuk diproses, hiris isi ikan, lakukan sejuk beku fillet, bungkus fillet dan simpan fillet. Hasilan CU ini adalah fillet ikan seragam dan rupa bentuk mengikut spesifikasi pengeluar. |
Tempoh Latihan | 112 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan fillet ikan seragam dan rupa bentuk mengikut spesifikasi pengeluar. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Sediakan ikan untuk diproses. 2. Hiris isi ikan. 3. Lakukan sejuk beku fillet. 4. Bungkus fillet. 5. Simpan fillet. |
Pra-Syarat | Tiada |