Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI AKUAKULTUR IKAN HIASAN MARIN [A032-003-2:2019] |
---|---|
Kod CU | A032-003-2:2019-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYEDIAAN TEMPAT TERNAKAN DAN ASUHAN IKAN HIASAN MARIN |
Penerangan CU | Penyediaan Tempat Ternakan dan Asuhan Ikan Hiasan Marin adalah unit kompetensi yang menggariskan keterampilan dalam memastikan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan marin mengikut spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik. Personel yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk periksa kesesuaian pasir karang, periksa kesesuaian batu hidup (live rock), pasang sistem tangki ternakan, periksa parameter air, lakukan pengisian air ke dalam sistem tangki ternakan dan lakukan kerja penyelenggaraan sistem tangki ternakan. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menyediakan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan yang selamat dan memenuhi keperluan spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik. |
Tempoh Latihan | 230 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menyediakan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan yang selamat dan memenuhi keperluan spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Periksa kesesuaian pasir karang. 2. Periksa kesesuaian batu hidup (live rock). 3. Pasang sistem tangki ternakan. 4. Periksa parameter air. 5. Isi air ke dalam sistem tangki ternakan. 6. Selenggara sistem tangki ternakan. |
Pra-Syarat | Tiada |