Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI AKUAKULTUR IKAN HIASAN MARIN [A032-003-2:2019] |
---|---|
Kod CU | A032-003-2:2019-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGKULTURAN MAKANAN IKAN HIASAN MARIN |
Penerangan CU | Pengkulturan Makanan Ikan Hiasan Marin adalah unit kompetensi yang menggariskan keterampilan dalam penghasilan makanan dan penjagaan ternakan melalui pemakanan mengikut prosedur pengoperasian standard dan Amalan Akuakultur Baik. Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk lakukan kerja pengkulturan makanan hidup, lakukan kerja pemberian makanan kepada ternakan dan lakukan pengemasan kawasan kerja. Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menyediakan sumber makanan dan menjaga kesihatan ternakan melalui pemakanan mengikut Amalan Akuakultur Baik. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menyediakan sumber makanan dan menjaga kesihatan ternakan melalui pemakanan mengikut Amalan Akuakultur Baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan kerja pengkulturan makanan hidup. 2. Beri makanan kepada ternakan. 3. Kemas kawasan kerja. |
Pra-Syarat | Tiada |