Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN LADANG RUMINAN [A014-001-2:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-001-2:2019-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PENGELUARAN SUSU TERNAKAN RUMINAN |
Penerangan CU | Pengendalian Pengeluaran Susu Ruminan adalah proses yang bermula daripada pemerahan susu, pengujian platform susu, penyimpanan susu dan pemberhentian pengeluaran susu serta perlu mematuhi Akta Makanan 1983. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja pemerahan susu, melakukan ujian platform susu, melakukan kerja penyimpanan susu dan melakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu. Hasil daripada kompetensi ini adalah aktiviti pengeluaran susu ternakan ruminan dilakukan mengikut prosedur kebersihan, kesihatan dan keselamatan ternakan tenusu untuk menjaga kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini adalah aktiviti pengeluaran susu ternakan ruminan dilakukan mengikut prosedur kebersihan, kesihatan dan keselamatan ternakan tenusu untuk menjaga kualiti susu serta mematuhi Akta makanan 1983. Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan kerja pemerahan susu. 2. Lakukan ujian platform susu. 3. Lakukan kerja penyimpanan susu. 4. Lakukan kerja pemberhentian pengeluaran susu. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan |