Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-001-3:2019-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PROGRAM PEMBIAKAN TERNAKAN RUMINAN |
Penerangan CU | Pengendalian Program Pembiakan Ternakan Ruminan ialah kerja membantu ternakan membiak dengan lebih cepat sama ada secara semula jadi atau secara permanian beradas dan juga kerja pemeriksaan kebuntingan ternakan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja mengesan biang, menjalankan kerja pembiakan, menjalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan besar (lembu, kerbau) dan menjalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan kecil (kambing, bebiri). Hasil daripada kompetensi ini adalah program pembiakan ternakan ruminan dilaksanakan dengan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul mengikut SOP. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini adalah program pembiakan ternakan ruminan dilaksanakan dengan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul mengikut SOP. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Lakukan kerja mengesan biang. 2. Jalankan kerja pembiakan. 3. Jalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan besar (lembu, kerbau). 4. Jalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan kecil (kambing, bebiri). |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan |