Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019] |
---|---|
Kod CU | A014-001-3:2019-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELIAAN AKTIVITI OPERASI LADANG RUMINAN |
Penerangan CU | Penyeliaan Pengurusan Ladang Ruminan ialah kerja menyelia dan memantau segala operasi harian ladang supaya berjalan mengikut jadual operasi yang telah ditetapkan dan juga memantau dan menyelia kakitangan ladang. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja pemantauan operasi harian ladang, menyelia kakitangan ladang dan menyediakan laporan aktiviti penyeliaan ladang. Hasil daripada kompetensi ini adalah kerja penyeliaan dan pemantauan operasi ladang serta kakitangan ladang dilakukan dengan betul supaya hasil pengeluaran ladang diperolehi secara optimum dengan menggunakan sumber sedia ada |
Tempoh Latihan | 360 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada kompetensi ini adalah kerja penyeliaan dan pemantauan operasi ladang serta kakitangan ladang dilakukan dengan betul supaya hasil pengeluaran ladang diperolehi secara optimum dengan menggunakan sumber sedia ada. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Jalankan pemantauan operasi harian ladang. 2. Selia kakitangan ladang. 3. Sediakan laporan aktiviti penyeliaan ladang. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan |