JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012]
Kod CUHT-062-3:2012-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPengemudian bot Rekreasi Air
Penerangan CUKompetensi unit ini adalah bertujuan untuk memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Mana-mana Individu yang mengendali bot perlu mempunyai lesen mengikut kelas yang ditetapkan dari Jabatan Laut Malaysia dan agensi-agensi berkaitan. Individu yang kompetan dalam pengendalian bot rekreasi hendaklah berkemahiran dalam menentukan bot untuk tugasan, memastikan persediaan peralatan dan persiapan bot sebelum beroperasi, menentukan keselamatan laluan perjalanan operasi dan kapasiti penumpang yang ditetapkan, melaksanakan operasi mengemudi bot, memantau berterusan semasa operasi pengemudian serta menyediakan laporan selepas aktiviti pengendalian bot.
Tempoh Latihan540
Objektif PembelajaranIndividu yang berketrampilam pada unit kompetensi ini mestilah dapat memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih perlu : -

1. Tentukan bot untuk tugasan yang diberikan.
2. Sediakan peralatan dan persiapan bot sebelum beroperasi.
3. Tentukan keselamatan laluan perjalanan operasi.
4. Tentukan kapasiti dan status pelancong.
5. Laksanakan operasi pengemudian bot
6. Pemantauan berterusan semasa operasi pengemudian bot
7. Labuhkan alat penambat bot rekreasi
8. Sediakan laporan selepas aktiviti pengendalian bot
Pra-Syarat0