JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012]
Kod CUHT-062-3:2012-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPengendalian Aktiviti Rekreasi Air (tanpa enjin)
Penerangan CUKompetensi unit ini adalah bertujuan untuk memastikan pelancong selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti rekreasi. Antara contoh rekreasi di atas air yang perlu dikendalikan adalah seperti kayak, kanu, paddle boat, perahu layar dan lain-lain. Individu yang mengendalikan aktiviti rekreasi air perlulah kompetan dan mempunyai sijil pentauliahan dalam aktiviti yang hendak dijalankan dan perlu mendapatkan kelulusan dari agensi yang berkenaan sebelum melaksanakan tugasan. Tugasan Pengendalian Rekreasi Air (tanpa enjin) adalah mengenalpasti aktiviti dan peralatan dan keperluan pelancong,lokasi bersesuaian, tahap keselamatan, penyampaian maklumat, pemantauan sebeluam dan semasa aktiviti dijalankan dan melaporkan aktiviti kepada pihak berkaitan
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranIndividu yang berkebolehan pada unit kompetensi ini mestilah boleh mengendalikan aktiviti dengan selesa dan selamat kepada pelancong. Untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih perlu : -

1. Kenal pasti kawasan aktiviti dan peralatan rekreasi Air
2. Kenal pasti pelancong untuk aktiviti rekreasi yang ditugaskan
3. Tentukan Peralatan Keselamatan Rekreasi Air
4. Taklimat penggunaan peralatan dan keselamatan aktiviti rekreasi Air
5. Laksanakan pemantauan berterusan semasa aktiviti Rekreasi Air
6. Sediakan laporan selepas aktiviti rekreasi.
Pra-Syarat0