JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012]
Kod CUHT-062-3:2012-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPenyelenggaraan Peralatan dan Kelengkapan Rekreasi Air
Penerangan CUKompetensi unit ini adalah bertujuan untuk memastikan peralatan dan kemudahan rekreasi air selamat digunakan dan dapat menjimatkan kos penyelenggaraan. Kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dikendalikan adalah seperti menukar minyak pelincir, pemeriksaan rutin harian penyelenggaraan seluruh bahagian peralatan dan kelengkapan rekreasi air. Individu yang hendak mengendalikan aktiviti ini perlulah memahami prosedur atau manual penyelenggaraan yang disediakan oleh pengurusan operasi. Tugas penyelenggaran peralatan dan kelengkapan rekreasi air adalah mengenal pasti kerosakan, Memeriksa dokumen Penyelenggaraan, Mengenalpasti Keperluan & jangka masa penyelenggaraan , Melaksanakan tugas- tugas penyelenggaraan, menyemak mutu kerja dan menguji kefungsian peralatan.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranIndividu yang berketrampilam pada unit kompetensi ini mestilah boleh menyelenggara bot dengan baik untuk keselamatan, keselesaan pelancong dan menjimat kos senggaraan. Untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih perlu : -

1. Periksa dokumen penyelenggaraan berjadual.
2. Kenal pasti kerosakan bot dan peralatan rekreasi.
3. Tentukan keperluan & jangka masa penyelenggaraan.
4. Laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
5. Sediakan laporan penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan.
Pra-Syarat0