Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012] |
---|---|
Kod CU | HT-062-3:2012-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengelolaan Keselamatan & Kecemasan Rekreasi Air |
Penerangan CU | Kompetensi unit ini bertujuan untuk memastikan pengelola boleh mengendalikan keadaan kecemasan semasa aktiviti rekreasi. Individu yang mengelola perlu mahir dalam penggunaan peralatan keselamatan dan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkaitan. Individu yang kompetan dalam pengelolaan keselamatan dan kecemasan rekreasi air hendaklah berkemahiran dan berpengetahuan dalam penyampaian maklumat, kendalian peralatan keselamatan dan kecemasan, menentukan keselamatan kawasan operasi serta menyediakan laporan keselamatan dan kecemasan. |
Tempoh Latihan | 100 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada unit kompetensi ini mestilah dapat mencapai kemalangan sifar sepanjang aktiviti rekreasi. Untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih perlu : - 1. Kendalikan penyampaian maklumat keselamatan dan kecemasan 2. Sediakan peralatan keselamatan rekreasi air 3. Pastikan keselamatan kawasan operasi rekreasi air 4. Sediakan laporan pengelolaan aktiviti keselamatan dan kecemasan |
Pra-Syarat | 0 |