JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012]
Kod CUHT-062-3:2012-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPemeriksaan Fasiliti Rekreasi Air
Penerangan CUKompetensi unit ini adalah bertujuan untuk memastikan fasiliti rekreasi air berfungsi dengan baik, selamat digunakan, dan memberi keselesaan kepada pelancong. Operasi pemeriksaan keselamatan fasiliti rekreasi air merangkumi kelengkapan seperti jeti, tempat menunggu, bot penyelamat, gangway dan sebagainya serta mengenal pasti kawasan berisiko adalah selamat. Individu yang kompeten dalam pemeriksaan fasiliti hendaklah terampil dalam mengenalpasti fasiliti dan faktor keselamatan di kawasan operasi. Individu juga perlu mahir mengendalikan aktiviti operasi, melakukan kerja penyelenggaraan kerosakan kecil (minor) dan menganalisakan keputusan pemeriksaan fasiliti rekreasi air.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranIndividu yang berketrampilan pada unit kompetensi ini mestilah mencapai kebolehan dalam pemeriksaan fasiliti rekreasi air supaya dapat dijalankan dengan baik dan berkesan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pelancong, pelatih perlu : -

1. Periksa fasiliti rekreasi air
2. Laksanakan kerja penyelenggaraan kerosakan kecil (minor) terhadap fasiliti rekreasi air.
1. Tentukan risiko laluan ke kawasan operasi
3. Sedia laporan pemeriksaan fasiliti rekreasi air.
Pra-Syarat0