Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Pengemudian Rekreasi Air [HT-062-3:2012] |
---|---|
Kod CU | HT-062-3:2012-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Penyampaian Maklumat Rekreasi Air |
Penerangan CU | Kompetensi unit ini adalah bertujuan untuk memastikan pelancong mendapat maklumat yang tepat, jelas dan padat mengenai aktiviti rekreasi air yang dijalankan. Antara maklumat rekreasi yang akan disampaikan adalah seperti maklumat pelancongan setempat dan produk-produk pelancongan. Individu yang mengendalikan aktiviti ini boleh berkomunikasi dengan baik, kebolehan mengawal situasi serta berkeyakinan tinggi. Individu yang kompeten dalam penyampaian maklumat pelancongan hendaklah terampil dalam mengenalpasti status pelancong dan maklumat pelancongan, menyampaikan informasi rekreasi,dan menganalisa maklumbalas serta menyediakan laporan aktiviti penyampaian maklumat |
Tempoh Latihan | 90 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilam pada unit kompetensi ini mestilah dapat mencapai mestilah dapat mencapai kemampuan dalam penyampaian maklumat dan informasi pelancongan dengan baik dan berkesan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelancongan., pelatih perlu : - 1. Kenalpasti maklumat dan status pelancong 2. Kenalpasti maklumat pelancongan dan jadual aktiviti 3. Menyampaikan informasi produk pelancongan 4. Sediakan laporan aktiviti penyampaian maklumat |
Pra-Syarat | 0 |