Job Description (JD)
Nama Program | Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020] |
---|---|
Kod CU | C107-002-3:2020-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN BAHAN MENTAH |
Penerangan CU | Pengendalian Bahan Mentah menerangkan satu proses mengendalikan bahan mentah yang akan digunakan untuk operasi pengeluaran bagi menghasilkan produk akhir, sama ada Sedia Dimasak (RTC), Sedia Dimakan (RTE) atau hasilan minuman termasuk produk Sedia Diminum (RTD). Aktiviti ini dijalankan mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh formulasi setiap produk. Bahan mentah terdiri dari pelbagai sumber iaitu ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging serta hasilan tenusu. Aktiviti pengendalian dilaksanakan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta persijilan dari pihak bertanggungjawab iaitu Halal, MeSTI, Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan ISO. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana penyediaan keperluan pengendalian bahan mentah, laksana penerimaan bahan mentah, laksana penyediaan bahan mentah sebelum proses pengeluaran dan laksana penyimpanan bahan mentah. Hasilan CU ini adalah bahan mentah yang diterima adalah tepat seperti pesanan, dikendalikan dengan cara yang betul, disimpan dengan selamat dan menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 450 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memastikan bahan mentah yang diterima adalah tepat seperti pesanan, dikendalikan dengan cara yang betul, disimpan dengan selamat dan menepati kriteria yang diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana penyediaan keperluan pengendalian bahan mentah. 2. Laksana penerimaan bahan mentah. 3. Laksana penyediaan bahan mentah sebelum proses pengeluaran. 4. Laksana penyimpanan bahan mentah. |
Pra-Syarat | 0 |