JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020]
Kod CUC107-002-3:2020-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELARASAN PENYELENGGARAAN MESIN DAN PERALATAN PEMPROSESAN MAKANAN
Penerangan CUPenyelarasan Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan Pemprosesan Makanan menerangkan aktiviti penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) secara harian/rutin dan penyelenggaraan berkala serta baik pulih yang dilaksana di dalam organisasi/syarikat atau oleh pihak vendor. Aktiviti ini diaturkan mengikut jadual penyelenggaraan dan pelan pengeluaran. Penyelenggaraan yang tersusun dan berjadual bagi meminimumkan kehilangan masa pengeluaran akibat ketidakfungsian mesin dan peralatan yang terlibat di dalam proses pengeluaran. Kerja penyelenggaraan menepati keperluan akta berkaitan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan penyediaan keperluan penyelenggaraan mesin dan peralatan, laksana penyelenggaraan pencegahan mesin dan peralatan (preventive maintenance), selaraskan penyelenggaraan berkala mesin dan peralatan dan buat laporan aktiviti penyelarasan penyelenggaraan mesin dan peralatan.

Hasilan CU ini adalah mesin dan peralatan yang berkaitan dengan proses pengeluaran dalam keadaan baik dan berfungsi secara konsisten, menepati spesifikasi produk hasilan serta memenuhi sasaran pelan pengeluaran.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menyelaraskan aktiviti penyelenggaraan, agar mesin dan peralatan yang berkaitan dengan proses pengeluaran dalam keadaan baik dan berfungsi secara konsisten, menepati spesifikasi produk hasilan serta memenuhi sasaran pelan pengeluaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan penyediaan keperluan penyelenggaraan mesin dan peralatan.
2. Laksana penyelenggaraan pencegahan mesin dan peralatan (preventive maintenance).
3. Selaraskan penyelenggaraan berkala mesin dan peralatan.
4. Buat laporan aktiviti penyelarasan penyelenggaraan mesin dan peralatan.
Pra-Syarat0