JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020]
Kod CUC107-002-3:2020-C04
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN KUALITI PEMPROSESAN MAKANAN
Penerangan CUKawalan Kualiti Pemprosesan Makanan menerangkan aktiviti untuk melancarkan kawalan kualiti dalam pemprosesan makanan agar sasaran organisasi tercapai untuk menghasilkan produk yang berkualiti, menepati peraturan/ garis panduan dalam industri makanan dan memenuhi kehendak pelanggan/pengguna.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana jalinan hubungan industri operasi pengeluaran makanan, laksana aktiviti inventori, selaraskan pembangunan dokumen operasi pemprosesan produk makanan dan laksana kawalan kualiti produk makanan.

Hasilan CU ini adalah aktiviti pengeluaran makanan yang berkualiti tinggi berjalan lancar, bersistematik, mencapai sasaran pengeluaran produk yang ditetapkan dan menepati perundangan dan kehendak pelanggan.
Tempoh Latihan330
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memastikan aktiviti pengeluaran makanan yang berkualiti tinggi berjalan lancar, bersistematik, mencapai sasaran pengeluaran produk yang ditetapkan dan menepati perundangan dan kehendak pelanggan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana jalinan hubungan industri operasi pengeluaran makanan.
2. Laksana aktiviti inventori.
3. Selaraskan pembangunan dokumen operasi pemprosesan produk makanan.
4. Laksana kawalan kualiti produk makanan.
Pra-Syarat0