JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020]
Kod CUC107-002-3:2020-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIAAN PERSONEL PEMPROSESAN MAKANAN
Penerangan CUPenyeliaan Personel Pemprosesan Makanan menerangkan aktiviti penyeliaan kakitangan bahagian pengeluaran yang teratur, penyaluran maklumat pengeluaran/tugasan secara bersistem dan jelas supaya mereka dapat bekerja dengan cekap dan bermotivasi bagi membantu organisasi/syarikat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana taklimat aktiviti proses pengeluaran, laksana agihan tugasan, selaraskan penilaian prestasi kakitangan dan laksana latihan dalaman.

Hasilan CU ini adalah kakitangan/personel yang terlibat dalam operasi pengeluaran adalah terlatih, memperoleh maklumat yang tepat dan terkini, mempunyai disiplin dan menyasarkan prestasi kerja yang cemerlang seperti ditetapkan pihak organisasi/syarikat.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memastikan kakitangan/personel yang terlibat dalam operasi pengeluaran adalah terlatih, memperoleh maklumat yang tepat dan terkini, mempunyai disiplin dan menyasarkan prestasi kerja yang cemerlang seperti ditetapkan pihak organisasi/syarikat.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana taklimat aktiviti proses pengeluaran.
2. Laksana agihan tugasan.
3. Selaraskan penilaian prestasi kakitangan.
4. Laksana latihan dalaman.
Pra-Syarat0