JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020]
Kod CUC107-002-3:2020-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUOPERASI PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN SEDIA DIMASAK (READY-TO-COOK)
Penerangan CUOperasi Pemprosesan Produk Makanan Sedia Dimasak (Ready-To-Cook) menerangkan kerja-kerja memproses yang menghasilkan produk separa siap seperti makanan sejuk beku (fish cake, fish/meat ball, fish fillet, burger/oblong, frankfurter/ sosej, kuih tradisional), makanan laut kering/jeruk, rempah, sos/pes masakan dan keropok. Pemprosesan yang terlibat dalam penghasilan produk RTC ini seperti penyejukbekuan, pendinginan, pengeringan, pemeraman, penjerukan, pengasinan dan pengasapan/ penyalaian. Produk hasilan ini memerlukan proses memasak tambahan seperti menggoreng, memanggang/membakar, rehydration, merebus, mencelur dan mengukus sebelum dimakan.

Operasi pemprosesan makanan RTC dilaksanakan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta persijilan dari pihak bertanggungjawab iaitu Halal, Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), MESTI dan ISO.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk makanan RTC, laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk makanan RTC, laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk makanan RTC, jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk makanan RTC, jalankan operasi pembungkusan produk makanan RTC dan laksana kerja kekemasan selepas pengeluaran produk makanan RTC.

Hasilan CU ini adalah penghasilan produk makanan RTC yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/perundangan industri makanan dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat.
Tempoh Latihan800
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan penghasilan produk makanan RTC yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/perundangan industri makanan dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat.
.
Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk makanan RTC.
2. Laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk makanan RTC.
3. Laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk makanan RTC.
4. Jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk makanan RTC.
5. Jalankan operasi pembungkusan produk makanan RTC.
6. Laksana kerja kekemasan selepas pengeluaran produk makanan RTC.
Pra-Syarat0