Job Description (JD)
Nama Program | Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020] |
---|---|
Kod CU | C107-002-3:2020-E02 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | OPERASI PEMPROSESAN PRODUK MAKANAN SEDIA DIMAKAN (READY-TO-EAT) |
Penerangan CU | Operasi Pemprosesan Produk Makanan Sedia Dimakan (Ready-To-Eat) menerangkan hasil makanan yang siap dimasak dan boleh terus dimakan (Ready-To-Eat) selepas pemprosesan akhir tanpa perlu proses memasak seterusnya. Namun, jika ada keperluan dari aspek tambahbaik rasa/bentuk, produk hasilan akan diproses dengan kaedah masak yang minimum seperti pemanasan semula (reheat). Produk hasilan RTE ini seperti snek/kerepek, kek/ pastri/ konfeksionari, kuih tradisional, sambal, nasi segera, buah/sayur jeruk, jem dan sos masakan (cili /tomato). Pemprosesan yang terlibat seperti pengeringan (menggoreng, menyalai, mengasap), memeram/ menjeruk, mencelur, mengukus, merebus dan membakar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk makanan RTE, laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk makanan RTE, laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk makanan RTE, jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk makanan RTE, jalankan operasi pembungkusan produk makanan RTE dan laksana kerja kekemasan selepas pengeluaran produk makanan RTE. Hasilan CU ini adalah penghasilan produk makanan RTE yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/perundangan industri makanan dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat. |
Tempoh Latihan | 800 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh penghasilan produk makanan RTE yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/perundangan industri makanan dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk makanan RTE. 2. Laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk makanan RTE. 3. Laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk makanan RTE. 4. Jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk makanan RTE. 5. Jalankan operasi pembungkusan produk makanan RTE. 6. Laksana kerja kekemasan selepas pengeluaran produk makanan RTE. |
Pra-Syarat | 0 |