Job Description (JD)
Nama Program | Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020] |
---|---|
Kod CU | C107-002-3:2020-E03 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | OPERASI PEMPROSESAN PRODUK MINUMAN |
Penerangan CU | Operasi Pemprosesan Produk Minuman menerangkan hasil minuman berasaskan buah-buahan dan hasilan tenusu yang siap diproses dalam bentuk cecair atau serbuk. Contoh hasilan produk minuman adalah produk sedia diminum (Ready-To-Drink (RTD)) termasuk jus buah-buahan, minuman berperisa, kordial serta serbuk pra-campuran minuman yang perlu minima proses seperti pencairan dan rehydration. Pemprosesan yang terlibat seperti pressing, pasture, pencairan serbuk minuman dan rehydration. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk minuman, laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk minuman, laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk minuman, jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk minuman, jalankan operasi pembungkusan produk minuman dan jalankan kerja kekemasan selepas pengeluaran produk minuman. Hasilan CU ini adalah penghasilan produk minuman yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/ perundangan industri minuman dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat. |
Tempoh Latihan | 800 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh penghasilan produk minuman yang berkualiti dan menepati spesifikasi produk melalui kaedah pemprosesan termasuk pembungkusan dan pelabelan yang menepati peraturan/perundangan industri minuman dan sasaran pengeluaran organisasi/syarikat. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan pengenalpastian keperluan operasi pemprosesan produk minuman. 2. Laksana penyediaan bahan mentah dan ramuan produk minuman. 3. Laksana penyediaan mesin dan peralatan pengeluaran produk minuman. 4. Jalankan operasi pemprosesan pengeluaran produk minuman. 5. Jalankan operasi pembungkusan produk minuman. 6. Laksana kerja kekemasan selepas pengeluaran produk minuman. |
Pra-Syarat | 0 |