JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelenggaraan Vesel Penangkapan Ikan [C331-011-3:2019]
Kod CUC331-011-3:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENG-GARAAN BADAN VESEL PENANGKAPAN IKAN
Penerangan CUPenyelenggaraan Badan Vesel Penangkapan Ikan ialah kompetensi dalam menjalankan kerja pembaikan dan pengecatan pada badan vesel. Ia bertujuan untuk melindungi bahagian-bahagian vesel daripada terhakis dalam jangka masa yang panjang. Pengecatan badan kapal dilakukan dengan menggunakan berus cat, roller atau penyembur cat mengikut kepada kawasan pengecatan. Jenis cat yang digunakan adalah cat primer, cat anti karat dan cat anti teritip. Kerja pengecatan badan vesel ini akan dilakukan selepas proses blasting.
Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh megenalpasti keperluan pembaikan badan vesel, merancang kerja pembaikan badan vesel, melaksana kerja-kerja pembaikan badan vesel, melaksana kerja-kerja mengecat badan vesel dan menyedia laporan penyelenggaraan badan vesel. Hasilan CU ini adalah kebolehupayaan personel melaksanakan tugas-tugas menyelenggara badan vesel mengikut peraturan dan prosedur kerja seperti panduan pengilang.
Tempoh Latihan225
Objektif PembelajaranHasil kompetensi unit ini adalah kebolehupayaan untuk menyelenggara proses mengecat badan dengan mengikut tatacara kerja yang betul dan mematuhi spesifikasi penyelenggaraan badan vesel.
Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti keperluan pembaikan badan vesel.
2. Rancang kerja pembaikan badan vesel.
3. Laksana kerja-kerja pembaikan badan vesel.
4. Laksana kerja-kerja mengecat badan vesel.
5. Sedia laporan penyelenggaraan badan vesel.
Pra-Syarat0